Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
CERITA LIPUR LARA | Cerita lipur lara, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui bentuk lisan. | SASTERA | Karya |
LIPUR LARA | LIPUR LARA, sastera rakyat yang berbentuk roman. Cerita lipur lara dapat juga dikelompokkan ke dalam kategori cerita pari berdasarkan persamaan ciri-cirinya dengan fairy tale (Inggeris) atau marchen (Jerman). Di barat, sastera ini sering juga dikenal sebagai cerita magis (magic tale) kerana terdapatnya unsur magis di dalam ceritanya. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT RAJA BUDIMAN | HIKAYAT RAJA BUDIMAN, sastera hikayat yang berasal daripada sastera rakyat atau cerita lipur lara. Hikayat ini terdapat dalam tulisan Jawi (cetak batu) dan diterbitkan oleh The American Mission Press, Singapura pada tahun 1896. | SASTERA | Karya |
KABA | KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad b dengan c, perkataan tersebut berubah menjadi menceritakan sesuatu, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini. | SASTERA | Tokoh |
JUBANG | JUBANG, cerita lipur lara Melayu. Cerita ini tersebar dan terkenal di negeri Kedah. Antara penglipur lara yang pernah menuturkan cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah. Cerita tuturan mereka berjudul Jubang Linggang. Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PROSA BERIRAMA | PROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama. | SASTERA | Karya |
SYAIR BIDASARI | SYAIR BIDASARI, puisi Melayu tradisional. Syair ini tergolong sebagai syair romantik. Syair ini berbentuk cerita dan memperlihatkan ciri yang hampir sama dengan cerita lipur lara. Penjalinan unsur-unsur Hindu dan Islam meletakkan syair ini sebagai hasil sastera zaman peralihan. | SASTERA | Konsep |
HIKAYAT TERUNG PIPIT | Hikayat Terung Pipit, hikayat yang tergolong dalam cerita lipur lara. | SASTERA | Karya |
CERITA SULUNG JAWA | Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965. | SASTERA | Karya |
MIR HASSAN | MIR HASSAN ( ? - ? ), penglipur lara Melayu. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama. Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung. Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. | SASTERA | Tokoh |
|
Puisi |
---|
|
Hutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang.
Lihat selanjutnya... |
|