Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 49 ayat. Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T. memulakan surah ini dengan bersumpah dengan nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat serta permukaan bumi yang dimuliakan. |