Tasik Onega ialah salah sebuah tasik terbesar di Eropah. Letaknya di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi). Tasik ini merupakan sebahagian daripada sistem terusan yang menghubungkan Laut Putih dengan Laut Baltik. Tasik Onega ialah 9894 kilometer persegi. Tasik Onega mengalir ke Tasik Ladoga, lebih kurang 110 kilometer ke barat daya, melalui Sungai Svir. Tasik ini bersambung dengan Sungai Volga dan utara Sungai Dvina melalui serangkaian sungai dan terusan. |