Tallowtree ialah nama beberapa jenis pokok yang mengeluarkan bahan melekit yang boleh digunakan sebagai ganti lemak haiwan (tallow dalam bahasa Inggeris) untuk membuat lilin. Kini, lilin mineral biasanya digunakan, bukan lemak haiwan, untuk membuat lilin. Pada masa dahulu, pokok yang paling kerap digunakan untuk bahan melekit ini ialah tallowtree China . Biji pokok ini tergantung pada bebenang bak lilin di antara daunnya. Kapsul dan bijinya dihancurkan dan direbus dan dikaup lemak yang timbul di permukaan. Lemak ini kemudiannya dicairkan dan ditapis. |