Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851, skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali sebagai Piala Amerika. |