Rabelais, François (1494?1553?) ialah ahli humanisme Perancis yang menghasilkan dua hikayat komedi yang berjudul Gargantua and Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya, Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk mempersoal dan menguji institusi-institusi yang paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana humornya yang agak kasar, Rabelais menulis dengan serius tentang banyak perkara. |