Shute, Nevil (18991960) ialah penulis Inggeris yang menghasilkan novel paling laris tentang pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan. Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk No Highway (1948), A Town Like Alice (1949), dan On the Beach (1953). Shute lahir di Ealing, London. Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia mendapat ijazah dari Oxford University selepas berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang. Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II, dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap di Australia. |