Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RUBAI | RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab. Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam. Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Rubaiyat Umar Khaiyam. Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu. | SASTERA | Konsep |
SYAIR | SYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea. | SASTERA | Konsep |
SELOKA | SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap. Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
NAZAM | NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan. | SASTERA | Adat |
BAIT | BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab bayt yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua misra, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La tamananna ajuzatan tadkhulu fil-khbai\Hal tamananu asadan maal-aghnami. | SASTERA | Konsep |
TALIBUN | TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional. Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri. Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun atau `pantun setalibun; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima. Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| larik | | Kata Terbitan : melarik, |
|
|