Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LARAS | LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah Laras yang Dua, Luak Yang Tiga. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan Raja Tiga Sila iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan Besar Empat Balai iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Adat |
LARAS BAHASA | LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu...., kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain. Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum. | BAHASA | Bahasa |
ISTANA LIMA LARAS, | ISTANA LIMA LARAS, istana milik Datuk Muhammad Yuda yang berkuasa di Lima Laras (1883-1919) di Sumatera Utara, Indonesia. Istana ini terletak di Tanjung Tiram, Asahan, lebih kurang 152 km dari Medan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MERIAM | Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras, bahagian bawah, dan mekanisme menembak. Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan dari pesawat semasa Perang Dunia II (19391945), pernah dinamakan sebagai meriam. | UMUM | |
MESINGAN | Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter. Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai senjata berat dan biasanya mempunyai penahan. | UMUM | |
SERBUK LETUPAN | Serbuk letupan ialah bahan ledakan yang terbakar dengan cepat untuk membentuk gas bertekanan tinggi. Pengembangan gas ini di dalam laras senapang boleh memecutkan sebutir peluru pada kelajuan yang amat tinggi. Oleh itu, serbuk letupan digunakan sebagai bahan pendorong ( propelan ) dalam pelbagai jenis peluru. Serbuk letupan juga digunakan dalam bahan ledakan yang dicipta untuk operasi letupan, bunga api, dan juga fius. | UMUM | |
MORTAR | Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar menembak peluru pada lengkungan yang luas dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai kuasa tembakan yang tinggi. | UMUM | |
TAKAL | Takal ialah sejenis roda yang dipasangkan dengan tali atau tali sawat bertujuan untuk memindahkan tenaga dan melakukan kerja. Takal yang dipasangkan dengan tali mempunyai rim beralur, manakala takal untuk tali sawat pula, rimnya berbentuk laras, dan tali tersebut dipasangkan di bahagian paling atas rim. | UMUM | |
SENJATA API GATLING | Senjata api Gatling merupakan mesingan tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia dicipta oleh Richard Jordan Gatling (18181903) seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan semasa Perang Saudara Amerika (18611865). Ia mengandungi sepuluh laras yang berputar dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan berputar untuk memberi laluan kepada laras berikutnya. Model senjata api yang diperbaik menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api Gatling moden adalah peralatan piawai dalam angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan. | UMUM | |
BODI CANIAGO | BODI CANIAGO, nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau. Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis. Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku. Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang. Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata laras; |
|
|