Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan, perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis, berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak, kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin mengalami beberapa gejala ini pada masa yang sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk. |