Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PARLIMEN LANJUT | Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653. Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula dengan perbalahan secara langsung dengan Raja Charles I, kemudian bersidang semula semasa Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada Parlimen baharu di bawah Raja Charles II. | UMUM | |
DIET KUMPULAN LANJUT USIA | Diet kumpulan lanjut usia ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan tua atau lanjut usia. | PEMAKANAN | Kaedah |
PANINI | Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun 500-an atau 600-an SM. | UMUM | |
TANDA LAHIR | Tanda lahir ialah kecacatan kulit yang ada semasa lahir atau tidak berapa lama kemudian. Terdapat dua jenis tanda lahir, iaitu tahi lalat dan haemangiomas . Rencana ini membincangkan tentang haemangiomas. Untuk maklumat lanjut tentang tahi lalat, lihat Tahi lalat. | UMUM | |
PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |
SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH | SULTAN MEGAT ISKANDAR SYAH ( ? 1423), raja Melaka yang kedua (1414-1423). Baginda dikatakan raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam dalam usia yang agak lanjut. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Megat Iskandar Syah adalah anak kepada Parameswara. Ada juga pendapat umum mengatakan bahawa Parameswara menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah setelah memeluk agama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
KUSTA | Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen, ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik. Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit; membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot. Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati, limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas. Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk tangan dan kaki. | UMUM | |
MINYAK SAYUR | Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko, minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak, iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan. Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan komposisi minyaknya lihat Lemak. | UMUM | |
ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
|
|