Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang kecil yang terdiri daripada kampung-kampung dengan rumah batu yang indah, rumah agam bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja yang mempunyai puncak menara zaman pertengahan yang indah. Untuk lokasi Northamptonshire, lihat England (peta politik). Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya berbeza-beza daripada padang rumput yang luas dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara. |