Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SKOLIOSIS | Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru, dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian boleh juga membawa kepada masalah psikologi. Para doktor masih belum dapat mengetahui puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan sejak lahir. | UMUM | |
ORANG-ORANG BLOOMINGTON | ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu Laki-laki Tua Tanpa Nama, Joshua Karabish, Keluarga M, Orez, Yorrick, Ny. Elberhart, dan Charles Lebourne. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita akuan. Justeru, cerita tentang tokoh aku ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan. | SASTERA | Penerbitan |
WAN A. RAFAR | WAN A. RAFAR (1947- ) penyair. Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Rafar @ Yaakub bin Ishak. Dia lahir pada 3 Februari 1947 di Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Laki-laki Pasir Mas pada tahun 1954, manakala pendidikan menengahnya diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Pasir Mas (1960-1964). Sewaktu di sekolah menengah, dia aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan bersama rakan-rakannya, dia pernah mementaskan Atap Genting Atap Rumbia). | SASTERA | Tokoh |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAMSURI | SAMSURI (1925 - ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 31 Julai 1925 di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Schakelschool di Mojokerto dan Hollandse Kweekschool di Yogyakarta. Dia kemudian memasuki Sekolah Guru Laki-laki di Yogyakarta dan tamat pada tahun 1943. Selepas itu dia memasuki Sekolah Guru Atas di Surabaya dan tamat pada tahun 1953. Samsuri melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Yogyakarta, dan tamat pada tahun 1956. Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang linguistik dari Indiana University pada tahun 1958. Dari tahun 1963 hingga 1965, dia melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah, juga dalam bidang linguistik. | BAHASA | Tokoh |
YAHAYA ISMAIL | YAHAYA ISMAIL (1940- ), penulis dan pengkritik sastera dan politik. Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak. Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar, pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang. Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| laki | | Rujuk :suami |
|
Puisi |
---|
|
Api-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan.
Lihat selanjutnya... |
|