Kikuyu ialah kumpulan etnik yang terbesar di Kenya, Afrika Timur. Puak Kikuyu, juga dikenali dengan nama Gikuyu, membentuk 20 peratus daripada penduduk Kenya. Dalam kalangan puak ini, terdapat mereka yang paling terpelajar dan terkaya di Kenya. Kebanyakan orang Kikuyu berkhidmat dengan kerajaan dan dalam bidang perniagaan. Orang Kikuyu lain memiliki ladang-ladang yang besar. |