Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai stoneerop. Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus Sedum. |