Kumpulan minoriti ialah sekumpulan orang yang berbeza dalam beberapa keadaan daripada kumpulan utama dalam masyarakat. Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza daripada kumpulan utama yang juga dikenali sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan, penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar daripada kumpulan minoriti. Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan mendiskriminasi kumpulan minoriti melayan mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota kumpulan minoriti memiliki peluang politik, ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding anggota kumpulan dominan. |