Arden, John (1930 ), penulis skrip Inggeris yang menjadikan pertentangan antara seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi dengan seorang individu yang penuh dengan imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan Serjeant Musgraves Dance (1959). Arden lahir di London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All Fall Down (1955), Armstrongs Last Goodnight (1964), The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It Frankly (1979). |