Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KRITIKAN | Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya seni dahulu dan masa kini. | UMUM | |
KRITIKAN SASTERA MELAYU | KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama. Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah. | SASTERA | Karya |
KRITIKAN SASTERA | Kritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu.. | SASTERA | Konsep |
SASTERA BANDINGAN | SASTERA BANDINGAN, disiplin kajian yang merangkumkan teori kritikan, sejarah kritikan dan pendekatan kritikan. Disiplin sastera bandingan bermula di Perancis pada tahun 1829 ketika Vellemain memperkatakan buku Anatomei comparee (1800) karya Cuvier. Tradisi ini disambung pula di England pada tahun 1849 oleh Matthew Arnold. Selepas itu penggunaannya semakin meluas ke Jerman dan Amerika Syarikat sehingga terbit dua mazhab yang kini dikenal sebagai mazhab Perancis dan mazhab Amerika. | SASTERA | Konsep |
PASCASTRUKTURALISME | Perspektif kritikan sastera dan budaya yang muncul pada era 1970an. | SASTERA | Konsep |
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN | Sainte-Beuve, Charles Augustin (18041869), pengkritik Perancis yang menjadi pelopor teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi. Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam Literary Portraits (18291846), Contemporary Portraits (1846), Monday Chats (18531862) sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863 1872) sebanyak 10 jilid. | UMUM | |
ROTH, PHILIP | Roth, Philip (1933 ) ialah novelis dan pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang dibuat secara terang, lucu dan kadangkala menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
SIDNEY, SIR PHILIP | Sidney, Sir Philip (15541586) ialah pengarang, orang istana, dan tentera semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I di England. Dia menjadi terkenal kerana kritikan sastera, fiksyen prosa, dan puisi. | UMUM | |
PARKER, DOROTHY | Parker, Dorothy (18931967) ialah penyair dan cerpenis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana dialognya yang lucu dan kritikan sasteranya. | UMUM | |
|
Peribahasa |
---|
| 74 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|