BAJU KUTANG | BAJU KUTANG, baju dalam yang biasanya disebut kutang sahaja dipakai oleh kaum wanita. Kutang juga disebut coli. Kutang yang ada pada hari ini berasal daripada korset (corset) yang dipakai sebagai pakaian dalam atau pakaian berhias di sebelah luar bagi menyokong payu dara dan membentuk susuk tubuh sebenar. Korset merupakan pakaian purba yang dipakai sejak Zaman Gangsa oleh wanita Minoan bagi membentuk pinggang dan payu dara. | BUDAYA | Pakaian |