Temenggung Jugah anak Barieng, Tun (19001981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963. Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974. Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu. Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi, Kalimantan , Indonesia . |