Perang Saudara Amerika (18611865) ialah satu konflik antara dua bahagian di Amerika Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan, menentang perhambaan yang diamalkan di selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan semua negeri di Amerika Syarikat. Perang Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding peperangan lain. Peperangan ini juga telah memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar. |