Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. |