Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada daun palma. Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas digunakan juga untuk mengibas lalat daripada bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M. |