Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak betul-betul melepasi penghujung warna ungu kebiruan dalam spektrum cahaya tampak. Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik yang lain di udara juga mengeluarkan sinar ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu boleh menyebabkan selaran matahari. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu juga memusnahkan organisma yang berbahaya dan mempunyai manfaat yang lain. |