Surah al-Waqiah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqiah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya. Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia. |