Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (19161956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
KIAI HAJI AHMAD DAHLAN | Kiai Haji Ahmad Dahlan (18681923), tokoh agama dan ulama Indonesia. Dia ialah pelopor pembaharuan Islam di Indonesia dan pengasas pertubuhan Muhammadiyah. | UMUM | |
KIAI HAJI ABDUL WAHID HASJIM | Kiai Haji Abdul Wahid Hasjim (19141953) ialah ulama dan ahli politik terkenal Indonesia. Dia menyertai gerakan kemerdekaan Indonesia dan membuat perubahan radikal dalam kalangan pesantren dengan memberi pelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab. | UMUM | |
KIAI HAJI HASHIM ASYHARI | KIAI HAJI HASHIM ASYHARI (1871-1947), ulama Indonesia, salah seorang pengasas Nahdathul Ulama, dan pondok pesantren Tebu Ireng (Jawa Timur). Dia lahir pada 14 Februari 1871 di pesantren Nggendang (Tambak Beras), Jawa Timur. Nama sebenarnya ialah Muhammad Hasyim. Ayahnya, Kiai Hasyim, dilahirkan di Demak (Jawa Tengah), mendirikan pesantren Keras, di Jombong (Jawa Timur).salasilahnya menunjukkan bahawa dia berasal daripada salah satu kerabat Jawa (Panjang). Selepas kematian isterinya pada tahun 1893, dia bersama guru yang juga bekas mentuanya pergi belajar ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAH | PESANTREN RASYIDIYAH KHALIDIYAH, institusi pendidikan Islam yang terletak di Amuntai, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada tahun 1920-an. Nama pesantren ini mengambil sempena nama pengasasnya Kiai Haji Abdurrasyid dan Kiai Haji Muhammad Khalid. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PESANTREN IBNUL AMIN | PESANTREN ABNUL AMIN, institusi pendidikan Islam yang terletak di Pamangkih, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada 25 Mei 1958 oleh seorang ulama, Kiai Haji Mahfuz Amin. Nama pesantren ini mengambil nama sempena nama datuk Kiai Haji Mahfuz Amin, iaitu Muhammad Amin, seorang ulama yang banyak jasanya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUHAMMADIYAH | MUHAMMADIYAH, organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar. Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PESANTREN | PESANTREN, pusat pendidikan agama Islam tradisional di Jawa dan Madura, Indonesia. Berasal daripada perkataan senteri, yakni guru mengaji, pesantren ialah tempat tinggal para santri. Sebuah pesantren ibarat sebuah asrama yang berupa lingkungan pondok, tempat para senteri tinggal bersama dan dibimbing oleh seorang atau lebih tok guru yang dipanggil kiai. Setiap pesantren mempunyai lima ciri asas iaitu pondok, masjid, santri, pengajaran kitab-kitab agama Islam yang klasik dan kiai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KOTAWARINGIN | KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Mustaana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PESANTREN TEBUIRENG | PESANTREN TEBUIRENG, pesantren moden di Jombang, Jawa Timur, Indonesia. Pesantren ini terletak di desa Cukir, lebih kurang 8 km sebelah tenggara kota Jombang. Pesantren ini adalah lembaga pendidikan Islam yang didirikan pada tahun 1899 oleh Kiai Haji Muhammad Hashim Asyhari, seorang ulama (1871-1947) yang kemudian digelar Hadratus Syekh (Tuan Guru Besar). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiai |
|
|