Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RAVEN | Raven ialah burung besar berwarna hitam keseluruhannya, dalam famili gagak. Terdapat beberapa spesies raven. Raven biasa di Hemisfera Utara paling meluas taburannya. Spesies lain termasuk raven Australia, raven leher perang di Afrika dan Timur Tengah, dan raven leher putih di timur dan selatan Afrika. | UMUM | |
ILLAWARRA TANDUK PENDEK | Illawarra tanduk pendek ialah baka lembu tenusu yang keseluruhannya terdapat di Australia dan merupakan baka lembu kedua terbanyak di Australia selepas baka Jersey. Hampir satu per tiga daripada semua lembu tenusu di Australia adalah daripada baka illawarra tanduk pendek.
| UMUM | Umum |
DENMARK | Denmark ialah sebuah kerajaan yang kecil di utara Eropah yang hampir keseluruhannya dikelilingi air. Negara ini terdiri daripada sebuah semenanjung dan 482 buah pulau berdekatan. | UMUM | |
TASIK LADOGA | Tasik Ladoga, di bahagian barat laut Rusia, ialah tasik yang terbesar yang terletak keseluruhannya di Eropah. Tasik ini meliputi kawasan seluas 17 703 kilometer persegi. Tasik Ladoga terletak 64 kilometer ke timur laut St. Petersburg. Untuk lokasinya, lihat Rusia (peta rupa bumi). Tasik Ladoga membentuk sebahagian daripada sistem terusan yang menghubungkan Laut Baltik dengan Laut Putih bersama-sama dengan Tasik Onega yang terletak di timur laut (lihat Tasik Onega ). | UMUM | |
SUNGAI THAMES | Sungai Thames ialah sungai paling penting di England. Sungai Thames juga merupakan sungai terpanjang yang keseluruhannya terletak di England. Sungai Severn, sebahagian di England dan sebahagian lagi di Wales adalah lebih panjang. Sungai Thames mengalir 346 kilometer dari Cotswold Hills di selatan tengah England hingga ke tenggara England dan menuju ke Laut Utara. Sungai ini menjadi laluan perdagangan utama England. Untuk lokasinya, lihat United Kingdom (peta muka bumi). | UMUM | |
TEMBOK BESAR CHINA | Tembok Besar China ialah struktur terpanjang yang pernah dibina. Panjangnya kira-kira 6400 kilometer, dan keseluruhannya dibina dengan tangan. Tembok itu merentasi utara China antara pantai timur dengan utara tengah China. Untuk lokasi, lihat China (peta politik). | UMUM | |
TEORI SET | Teori set ialah satu cara untuk menyelesaikan masalah matematik dan penaakulan. Dengan mengkaji teori set, anda boleh memahami aritmetik dan matematik secara keseluruhannya dengan lebih baik. | UMUM | |
THE WEST COUNTRY | The West Country ialah bahagian barat daya England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon dan Cornwall. Sesetengah orang turut memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan, perlombongan dan kejuruteraan. | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
TASIK MICHIGAN | Tasik Michigan ialah kumpulan air tawar yang terbesar di Amerika Syarikat. Tasik ini merupakan tasik yang ketiga terbesar antara Tasik-tasik Besar dan satu-satunya tasik daripada kumpulan tersebut yang terletak keseluruhannya di Amerika Syarikat. Tasik Michigan membentuk satu hubungan yang penting dalam sistem jalan air yang besar yang menganjur ke timur menuju ke Lautan Atlantik dan ke selatan melalui Sungai Mississippi menuju ke Teluk Mexico. | UMUM | |