Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron, untuk memerikannya sebagai deruan biru Rhône yang meluru seperti anak panah. |