Abu Abdullah ( ? 1533?), dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah. Abu Abdullah juga digelar sebagai si kerdil dan memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada tahun 1482, baginda merampas takhta daripada ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella, pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah hilang itu, baginda menoleh untuk melihat kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan kepada pelancong sebagai keluhan terakhir Raja Moor. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran. |