Naismith, James (18611939), guru Kanada yang telah mencipta permainan bola keranjang pada tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu mencipta permainan di dalam bangunan pada musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic dan menggunakan bola sepak untuk permainan pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia menjadi guru pendidikan jasmani di International YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai Springfield College), Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. |