Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KERAMAT | | UMUM | |
KAMPUNG DATUK KERAMAT | KAMPUNG DATUK KERAMAT, kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ANAK NAZAR TUJUH KERAMAT | ANAK NAZAR TUJUH KERAMAT, drama sebabak karya Kalam Hamidi yang diterbitkan oleh Pustaka Khairil, Kuala Lumpur pada tahun 1966 | BUDAYA | Konsep |
MAKAM HABIB NOH | Makam Habib Noh, makam yang dianggap keramat yang terletak di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
CIUNG WANARA | CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah membersihkan diri dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ANGKLUNG BUNGKO | ANGKLUNG BUNGKO, sejenis angklung tua yang dianggap keramat. Angklung ini terdiri daripada tiga perangkat dan disimpan di desa Bungko, Cirebon, Indonesia. Angklung ini dikatakan berasal dari zaman Sunan Gunung Jati yang digunakan oleh Kyai Bungko untuk menyebarkan agama Islam di daerah itu. | BUDAYA | Konsep |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (18201910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya Wanita dengan Lampu apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan wanita keramat hidup. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |
LUTUNG KASARUNG | LUTUNG KASARUNG, cerita rakyat Sunda. Dalam khazanah sastera Sunda, Lutung Kasarung dianggap sebagai salah satu cerita pantun yang keramat di samping Ciung Wanara, Nyi Sumur Bandung, dan Mundinglaya di Kusumah. Sebagai sebuah cerita yang terkenal, di beberapa daerah tertentu dikenal dengan versi yang agak berbeza. Versi Bogor, misalnya, dikenal dengan nama Lutung Leutik. | SASTERA | Karya |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ikhwan (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keramat |
|
Puisi |
---|
|
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.
Lihat selanjutnya... |
|