Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika (lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan hampir keseluruhan urusan perkapalan antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, dan timur Zaire yang terletak di pedalaman. Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak, lapangan terbang antarabangsa, dan banyak bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan yang besar dan mempunyai banyak hotel. |