Seti I (memerintah pada tahun 13031290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. |