451 tentera sampai ke garisan Perancis, tentera British menembak, mengisi peluru menembak semula dan menyerbu dengan benet dan pedang. Askar Perancis berundur dalam suasana kelam-kabut. Wolfe terbunuh dalam tembakan pertama. Montcalm, yang cuba mengumpulkan tenteranya turut tercedera pada masa itu. Dia diusung untuk kembali ke Quebec tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian. Dalam masa 15 minit sahaja, nasib empayar Perancis di Amerika telah ditentukan. Perjanjian Paris pada tahun 1763 mengurangkan kesemua tanah jajahan Perancis di Amerika Utara, kecuali dua buah pulau kecil berhampiran pantai Newfoundland , St. Pierre dan Miquelon. Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy untuk menggulingkan Henry IV dari England. Percy dan Earl of Worcester mengumpulkan tentera dengan harapan untuk mendapat sokongan pemimpin Wales, Owen Glendower. Pada tahun 1403, gabungan tentera Henry IV dan puteranya Putera Henry telah menyerang Percy sebelum dia dapat bersatu dengan Glendower. Percy telah dibunuh dan kebanyakan penyokong utamanya telah ditawan dan dihukum bunuh. Lihat juga Percy, Sir Henry. Pertempuran Stalingrad ialah salah satu pertempuran yang sangat penting dalam sejarah, yang membawa kepada titik perubahan dalam Perang Dunia II (19391945). Semasa pertempuran lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini Volvograd), kawasan perindustrian penting di Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don. Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000 tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman kehilangan banyak tenteranya. Angkatan Tentera Darat keenam Jerman melancarkan serangan terhadap Stalingrad pada 21 Ogos 1942, dari kedudukan kira-kira 65 kilometer dari Sungai Don. Menjelang 23 Ogos, kereta kebal Jerman sampai ke Sungai Volga, utara Stalingrad. Secara perlahan-lahan, mereka meneruskan perjalanan ke bandar itu. Pertempuran Hutan Teutobung lihat Tentera darat (Pertempuran darat yang termasyhur). |