Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. |