Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TE RAUPARAHA | Te Rauparaha (17681849) ialah ketua Maori dan salah seorang pahlawan Maori yang paling agung dan paling kejam antara semua pahlawan Maori yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya lebih daripada mengagumi ketua pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui Te Heu Heu, dan Te Wherowhero. | UMUM | |
RICHARD | Richard ialah nama tiga orang raja Inggeris yang memerintah antara tahun 1189 hingga tahun 1485. Ketiga-tiganya mangkat dengan cara yang kejam. | UMUM | |
TIRANNOSAURUS | Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam, berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar demikian tentunya menguasai semua haiwan lain, membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex . | UMUM | |
NICHOLAS I
| Nicholas I (17961855) ialah tsar Rusia dari tahun 1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda terkenal kerana pemerintahannya yang kejam, walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi pada zaman pemerintahannya. | UMUM | |
SERIBU SATU MALAM | Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar. Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil seorang anak dara lalu dinodainya, dan dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada seorang menteri. | UMUM | |
MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (19151991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra. | UMUM | |
DEIGHTON, LEN | Deighton, Len (1929 ) ialah pengarang Inggeris yang dikenali dengan novel perisikan dan novel perang. Dia tergolong dalam kumpulan penulis novel antiromantik yang memaparkan kegiatan perisikan, sebagai kegiatan yang tidak glamor dan kejam | UMUM | |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (12901351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |
ARES | Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani. Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting dari segi moral dan agama bagi orang Yunani daripada Mars bagi orang Rom. Ares mencerminkan aspek perang yang paling kejam dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares. | UMUM | |
PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari biasanya suka membantu, tetapi mereka sering berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak kejam. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam |
|
Puisi |
---|
|
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|