Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di kebanyakan negara, umur yang sah dari segi undang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyak negara telah mengurangkan umur itu kepada 18 tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorang itu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpa meminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakan umur seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap perbuatannya. |