Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAHKOTA | Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi biasanya dipakai pada upacara negara sahaja. Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas, diukir dan dihiasi batu permata yang mahal. | UMUM | |
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU | Majlis Raja-raja Melayu ialah badan penasihat yang bertindak sebagai pelindung institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh raja atau sultan Tanah Melayu. | UMUM | |
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH | Persatuan Perubatan British (British Medical Association [BMA]) ialah persatuan profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk mengekalkan kehormatan dan minat terhadap profesion perubatan. | UMUM | |
TEUKU PANGLIMA POLEM | TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud Abang. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
|
Tesaurus |
---|
| hormat (kata nama) | Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;, | | Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat, |
|
|