Nabi Zulkifli a.s.ialah salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah. Nabi Zulkifli a.s. ialah anak kepada Nabi Ayyub a.s. Nama asalnya ialah Bashar. Allah SWT mengutusnya selepas Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub a.s. menamakan anaknya Zulkifli kerana menanggung beban hasil ketaatannya kepada Allah SWT dan dapat mengatasinya. Nabi Zulkifli a.s. tinggal di Syam. Nabi Zulkifli a.s. telah menjamin kaumnya demi untuk menyempurnakan kehendak mereka dan memerintah mereka dengan adil. Nabi Zulkifli a.s. bukanlah nama yang disebut dalam hadith Nabi. Orang Damsyik mendakwa makamnya terletak di gunung Qasiyun di Damsyik. Al-Qur''an tidak banyak menyebut namanya seperti nabi-nabi lain. Manakala dakwah, risalah dan kaum Nabi Zulkifli a.s. tidak dibentangkan sama ada secara ringkas mahupun secara lengkap. Oleh itu, dinasihatkan agar bentuk dakwah yang disampaikannya tidak dikaji secara mendalam. |