Plotinus (205?270?) merupakan pengasas ilmu falsafah Yunani yang dikenali sebagai Neoplatonisme . Dia mengembangkan Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa dunia kebendaan adalah tidak benar, politik merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh adalah penjara sementara bagi rohani dan kehidupan ini adalah pengembaraan melalui khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam kesempurnaan. The One merupakan suatu sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia kembali sebagai suatu yang menakjubkan. Plotinus percaya dia pernah mengalami visi tersebut. |