Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. |