Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai konservatisme menekankan peraturan, tradisi, dan pemilikan harta benda persendirian. Orang yang berfahaman liberal pada amnya menyokong perubahan sosial yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang berfahaman konservatif. Tetapi liberalisme merupakan istilah yang mengelirukan kerana makna dan penekanannya banyak berubah mengikut peredaran masa. |