Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan beberapa program kebajikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. | UMUM | |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KEBAJIKAN MASYARAKAT | Kebajikan masyarakat ialah program kemasyarakatan yang membantu orang ramai mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan kewangan untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang upaya atau kematian. | UMUM | |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA | pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
RUMAH KEBAJIKAN | Rumah kebajikan ialah rumah yang disediakan oleh para dermawan untuk mereka yang tua dan miskin. | UMUM | Umum |
BRIGRADE ST. JOHN AMBULANS | Pertubuhan kebajikan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN ORANG CACAT MALAYSIA | Menjaga kebajikan orang cacat. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
CHISHOLM, CAROLINE | Chisholm, Caroline (18081877), menumpukan sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan para pendatang ke Australia. Dia juga menggalakkan pendatang ini meninggalkan bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang Australia. | UMUM | Umum |
AISHAH GHANI, TAN SRI | Aishah Ghani, Tan Sri (1924 ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973 1984). | UMUM | |
KING, SIR TRUBY | King, Sir Truby (18581938), doktor dari New Zealand dan pakar kebajikan yang mengasaskan Royal New Zealand Society bagi Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, yang dikenali sebagai Plunket Society, pada tahun 1907. | UMUM | |