Shaman ialah seseorang yang dianggap memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di banyak kawasan mempunyai Shaman yang dipercayai boleh menghalau roh jahat atau membawa kebaikan terutamanya dengan merawat penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika [Orang Shaman ]). |