Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (World Intellectual Property Organization (WIPO) ialah agensi antarabangsa yang berusaha melindungi hak undang-undang dalam karya kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi dan bantuan lain kepada negara-negara membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya bertempat di Geneva, Switzerland. |