Avignon (pend. 89 132; pend. kaw. met. 175 000) ialah pusat pertanian dan bandar bersejarah di Tenggara Perancis. Ia terletak di tebing Sungai Rhone, di salah sebuah kawasan pertanian paling kaya di Perancis. Untuk lokasi, lihat Perancis. Avignon ialah pusat perdagangan untuk wain, buah- buahan, sayur-sayuran, dan keluaran lain yang dihasilkan di kawasan ini. Aktiviti ekonomi lain termasuk perkapalan, memproses makanan dan pengilangan bahan kimia, kulit, alatan mesin, sabun dan tekstil. Pesta teater yang besar biasanya diadakan di sini pada musim panas. Bandar raya ini merupakan ibu negara Vaucluse department (daerah pentadbiran). |