Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KATIL | Katil ialah barang perabot yang digunakan untuk tidur atau berehat. Sepanjang sejarah, katil-katil terdiri daripada jenis yang mudah dengan tilam berisi jerami hinggalah kepada katil daripada jenis perabot yang beradun dengan rangka yang menarik dan dihiasi pula dengan fabrik yang mahal lagi mewah. | UMUM | |
TILAM | Tilam lihat Katil. | UMUM | |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
SYDENHAM, THOMAS | Sydenham, Thomas (16241689), salah seorang doktor Inggeris yang paling dikagumi pada zamannya. Dia berpendapat bahawa perubatan hendaklah dipelajari melalui pengalaman di katil pesakit dan amalan perubatan hendaklah didasarkan pada pemerhatian, bukannya dengan membaca buku atau menggunakan teori. Dia merupakan pemerhati yang tajam dan memberikan huraian yang sangat baik tentang gout, demam skarlet, campak dan influenza. | UMUM | |
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
SALEH DAUD | SALLEH DAUD (1934 ), penulis. Dia lahir pada 24 Disember 1934 di Cincin, Jasin, Melaka. Dia menggunakan nama pena Zulastry. Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Cincin, Jasin hingga lulus darjah empat (1941 1945). Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Durian Tunggal, Melaka hingga lulus darjah lima pada tahun 1948 dan Sekolah Melayu Alai, Melaka hingga darjah enam pada tahun 1949. Dia pernah menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Bukit Katil, Melaka sebelum melanjutkan kursus perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1951 1954). | SASTERA | Tokoh |
TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata katil |
|
|