Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
MIMOS | Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada tahun 1700-an dan tahun 1800-an. | UMUM | |
SCHULZ, CHARLES MONROE | Schulz, Charles Monroe (19222000), pelukis kartun Amerika yang mencipta komik Peanuts. Lukisannya yang mudah memaparkan watak kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya termasuk anjing bernama Snoopy diminati oleh kanak- kanak dan juga orang dewasa. | UMUM | |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H. 674 H./1121 M. 1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
KEAGRESIFAN | Keagresifan, dalam bidang psikologi, ialah tingkah laku perseteruan yang boleh mencederakan atau mengganggu orang lain. Tingkah laku sedemikian boleh berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang dan harta benda mereka, atau berbentuk kata-kata cercaan. | UMUM | |
KEGAGAPAN | Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat ulangan bunyi atau suku kata dengan cara mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap apabila tidak ada bunyi dikeluarkan. | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA EROPAH | PEMINJAMAN BAHASA EROPAH, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Hubungan rapat antara Nusantara dengan Eropah dari segi ekonomi berlaku semenjak 2000 tahun dahulu. Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dalam sistem ekonomi itu dipengaruhi dan mempengaruhi bahasa lain. Sesungguhnya, kata-kata Eropah sudah lama diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui bahasa lain, terutamanya melalui bahasa Arab. Misalnya, perkataan falsafah yang dipinjam daripada bahasa Arab sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani. Begitu juga beberapa nama tempat dan orang yang terdapat dalam Sejarah Melayu , umpamanya Rom, Makaduniah dan Iskandar, berasal daripada bahasa Yunani.
| BAHASA | Konsep |
SANDBURG, CARL | Sandburg, Carl (18781967) ialah penyair, penulis biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika. Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl Sandburg berkata tentang dirinya: Aku akan menjadi jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan mengatakan apa sahaja. | UMUM | |
SENI KHAT | Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik. Seni khat dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat- ayat al-Quran, hadith-hadith nabi dan kata-kata hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan khat. Keindahan seni khat bukan sahaja dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Quran, kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam, tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar, mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman, tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kata-kata |
|
Puisi |
---|
|
Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
|