Kesusasteraan untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang ditulis khas untuk pembaca muda dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja dan kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000 jenis buku yang berlainan diterbitkan pada setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar, puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya. Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa. Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk orang dewasa. |