Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? 483 H.), ahli Fiqh dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al- Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya. Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu semasa berada di dalam penjara bawah tanah. Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy . |